WELCOME TO OUR LOVELY BLOG, WHERE WE SHARE OUR FAVS WITH U....

Tuesday, November 29, 2011

                              PRICE : RM 27 INCLUDING POSTAGE

Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.

Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.
                              PRICE : RM 27 INCLUDING POSTAGE

 DEMI insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku. Datuk, emak saudara dan adik kandung sendiri mengecamnya. Namun di sisinya sentiasa ada Aiman, insan yang sempurna dalam sebuah persahabatan.

Dia teguh kerana lelaki itu. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar. Ini kerana cinta
Balqis berbunga untuk Hafizul. Dalam perkenalan yang singkat, dia dan Hafizul merancang untuk mendirikan mahligai cinta.

Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis. Dalam menjaga hati insan yang disayangi, mereka semua terpaksa menipu diri sendiri. Sakit... itu sudah pasti.

“Hati pasti rasa sakit bila berbohong. Lebih-lebih lagi apa yang kita bohong itu bukan satu pembohongan.”




                              PRICE:RM 27 INCLUDING POSTAGE

PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing. Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wanita yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.

Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya sesaat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.


                              PRICE:RM 27 INCLUDING POSTAGE

PERASAAN cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ika Aizura sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Alfi Hariz pula tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siapa di dunia ini yang mampu memilih dengan siapa dia jatuh cinta?

Kasih yang dipertaruhkan sepenuh jiwa mendapat restu jua setelah Alfi Hariz berkeras dengan pilihannya. Ika Aizura bersetuju menjadi suri hidupnya. Namun, hari pernikahan yang dijangka meriah dengan hujan kesyukuran menjadi gempar. Bakal pengantin perempuan melarikan diri tiba-tiba. Sekeping nota ditinggalkan oleh Ika Aizura. Aura pilu menyelubungi diri pengantin lelaki, ditinggalkan oleh cinta pada hari yang sepatutnya mencatatkan sejarah indah bukannya duka. Alfi Hariz bingung seketika. Mengapa impiannya dikhianati sesudah kebahagiaan mereka telah Ika Aizura janjikan? Pada saat itu, bapa pengantin lelaki mendesak supaya anaknya bernikah dengan wanita lain demi menutup aib jika majlis dibatalkan. Akhirnya, antara simpati dan cinta, mana yang perlu didahulukan?


                                PRICE:RM 23 INCLUDING POSTAGE

Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.

No comments:

Post a Comment